Festival Hari Guru 2010

Monday, April 19, 2010



Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik kepada calon yang dipilih.

Pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan pada 16 Mei 2010.

Dalam meraikan sambutan Hari Guru pada kali ini, Kumpulan Utusan menerusi Unit Pendidikannya telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menganjurkan Festival Hari Guru selama empat (4) hari yang bermula pada 13 Mei sehingga 16 Mei 2010 bertempat di East Coast Mall, Kuantan.

Dengan hasrat untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir ke festival ini sama ada dari luar Pahang mahu pun di negeri Pahang sendiri, Festival Hari Guru 2010 akan menampilkan konsep pertautan di antara ilmu dan pembangunan modal insan.

Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan pendidikan (edu-games), jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Sumber : http://www.tutor.com.my/festival/index.html

Comments

No response to “Festival Hari Guru 2010”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger