Majlis Orientasi Murid Tahun 1 2011

Thursday, December 30, 2010

Sekitar majlis orientasi murid tahun 1, 2011
SK Jengka 19




Ceramah Kesedaran Tentang Dadah

Wednesday, November 3, 2010

Encik Jasmi bin Jaafar, Pegawai Khas PPDa Maran telah datang ke SKJ 19 untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang bahaya najis dadah yang kian menular di kalangan masyarakat kita. Ceramah yang disampaikan penuh dengan maklumat dan informasi informasi yang berguna. Semoga ia nya memberi manfaat dan panduan serta ingatan untuk semua murid-murid sekolah ini menjauhi rokok dan najis dadah.Terima kasih diucapkan dari kami pihak SKJ19.









Sila klik untuk ke laman blog Encik Jasmi bin Jaafar.

Buletin Ramadhan (1)

Tuesday, August 24, 2010

Warga SKJ19 mengalu alukan para pembaca blog untuk memuatturun dan membaca maklumat yang terdapat di dalam buletin ini. "Sharing is Caring". Diharap kita semua dapat meningkatkan pengetahuan melalui bacaan ini :)



untuk melihat dengan lebih jelas
sila klik pada gambar atau right klik, open image in new tab


Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di SKJ19

Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak panatia pendidikan islam SKJ 19 akan mengedarkan buletin-buletin berkenaan puasa dan ramadhan. Bulletin ini diedarkan pada murid-murid dan guru setiap hari isnin semasa perhimpunan mingguan. Beberapa soalan akan dikemukan berdasarkan buletin ini dan ditampal di papan kenyataan sekolah. Murid-murid boleh menyalin soalan, menjawab dan seterusnya menghantar jawapan mereka kepada guru yang berkenaan.

Pihak sekolah juga telah melancarkan derma tabung infaq ramadhan yang diwakilkan kepada ketua murid dari kelas ke kelas.

Pada waktu rehat, masa yang ada tidak terbuang begitu saja. Pelajar pelajar akan diminta untuk menhafal surah surah dan memperdengarkan bacaan mereka kepada ustaz, ustazah dan guru yang bertugas.

Kerusi Rehat Sumbangan PIBG

Wednesday, August 11, 2010


Seperti mana yang dipersetujui dalam mesyuarat agung PIBG yang lepas, SKJ19 kini mendapat tiga set kerusi rehat yang diletakkan di laluan bawah di antara dewan dan makmal sains. Dengan adanya kerusi rehat ini, kawasan sekolah nampak lebih ceria dan menarik. murid murid juga boleh menggunakan kerusi ini semasa waktu rehat, menunggu guru untuk memasuki makmal dan sebagainya.

Jamuan perpisahan GPK1 - Cikgu Ibrahim

Tuesday, August 10, 2010

Khamis, 29 Julai 2010, satu majlis perpisahan telah di adakan untuk meraikan tamatnya perkhidmatan GPK 1, Cikgu Ibrahim. Walaupun hanya bertugas selama empat bulan di sekolah ini, ternyata beliau amat di senangi oleh warga SKJ19. Beliau akan memulakan tugas baru di sebuah sekolah di daerah Ulu Tembeling. Semoga beliau di rahmati dan gembira bertugas di tempat baru.

Lain lain gambar boleh di lihat di Facebook SKJ 19.

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Thursday, July 29, 2010

Minggu yang agak mendebarkan bagi murid-murid tahun enam yang menduduki peperiksaan percubaan UPSR. All the best!!

Kem Ibadah & Motivasi 2010

Monday, July 19, 2010

Tarikh : 9, 10 & 11 Julai 2010
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19
Penyertaan : Murid-murid tahun 6 & Warga Kerja SKJ19.

Jumaat, 9 Julai 2010.
Aktiviti dimulakan sekitar jam 4 petang di mana murid-murid mendaftar diri untuk dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian mereka di kehendaki untuk ke tapak perkhemahan dan membina sendiri khemah bersama rakan sekumpulan.

Selepas solat maghrib secara berjemaah, murid-murid dikehendaki berada di Bilik Tayang untuk sesi ceramah motivasi oleh En. Fuzil Nawawi dari SK Guai Temerloh.

Pada jam 9 malam, bengkel yang pertama iaitu Bengkel Bahasa Melayu yang di bimbing oleh Cikgu Mohd Othman dijalankan sehingga jam 11 malam. Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk tidur di dalam bilik darjah ekoran dari hujan lebat yang dikhuatiri akan mendatangkan bahaya sekiranya murid-murid dibiarkan tidur di tapak perkhemahan.

Sabtu, 10 Julai 2010
Selepas solat subuh berjemaah, aktiviti awal pagi dimulakan dengan senaman poco-poco yang dibimbing oleh Cikgu Nurul Safiah di dalam Dewan SKJ19. Kemudian, murid-murid dibenarkan mandi dan membersihkan diri seterusnya sarapan pagi.

Pada jam 8:30 pagi , bengkel Matematik di bawah bimbingan Cikgu Yusaini dan Cikgu Hashimah diadakan di dalam dewan sekolah sehingga jam 10 pagi.



Pada jam 10:30 pagi, Bengkel PAFA diteruskan dengan bimbingan Ustaz Mohd. Fakhruddin, Ustaz Mohd Zamri, Ustazah Roslina dan Ustazah Norasiah. Antara aktiviti yang di jalankan adalah menghafal doa, cara-cara sembahyang dengan betul dan bacaan dalam solat.

Aktiviti kemudian bersambung pada sebelah petang iaitu Ceramah Israk & Mikraj oleh Ustaz Abdul Rahim dari SMK Jengka 2.

Aktiviti riadah sebelah petang adalah acara tarik tali.

Selepas makan malam dan solat maghrib secara berjemaah, bengkel bahasa inggeris di bawah bimbingan Sir Md Taib dan Teacher Normah Iza dijalankan.

Ahad, 11 Julai 2010.
Selepas riadah dan makan pagi, aktiviti di sambung dengan bengkel terakhir iaitu Bengkel Sains di bawah bimbingan Cikgu Noor Azli, Cikgu Nur Asrina dan Cikgu Rosmah.

Jam 11:00 pagi, aktiviti gotong royong di jalankan di tapak perkhemahan dan sekitar kawasan sekolah.

Perkhemahan tamat sekitar jam 12:00 tengahari.

Program Kesihatan Gigi

Thursday, June 24, 2010

Rabu, 23 Jun 2010, Dua orang pegawai kesihatan gigi dari Hospital Jengka telah datang untuk memberi ceramah, membuat demonstrasi dan memeriksan gigi semua pelajar SK Jengka 19. Bermula dari murid-murid pra sekolah sehingga murid tahun enam.

Pegawai Kesihatan dari Hospital Jengka memberi penerangan berkenaan cara-cara yang betul memberus dan menggosok gigi.

Murid-murid diminta untuk membuat demostrasi


 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger