Sambutan hari guru bagi Sekolah Kebangsaan Jengka 19 telah diadakan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Penyertaan adalah terdiri dari semua guru, kakitangan, beberapa orang murid sebagai pegawai sukan di kalangan murid-murid, dan beberapa orang murid tahun satu sehingga tahun enam.
Sambutan dimulakan sejurus selepas perhimpunan pagi Isnin dengan memberi peluang murid-murid naik ke atas pentas perhimpunan untuk memberi hadiah kepada guru-guru. Ianya dimulakan dengan murid PRA sehingga murid tahun 6.
Sekitar jam 9 pagi, aktiviti sukaneka antara guru, kakitangan dan murid pula diadakan di tapak perhimpunan. Antara sukaneka yang telah di jalankan adalah Boling Padang, Jangan Tak Masuk dan Golek Peluru. Sukaneka berakhir sekitar jam 10:30 pagi. Guru dan kakitangan seterusnya menikmati jamuan ringan.