Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Thursday, July 29, 2010

Minggu yang agak mendebarkan bagi murid-murid tahun enam yang menduduki peperiksaan percubaan UPSR. All the best!!

Kem Ibadah & Motivasi 2010

Monday, July 19, 2010

Tarikh : 9, 10 & 11 Julai 2010
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19
Penyertaan : Murid-murid tahun 6 & Warga Kerja SKJ19.

Jumaat, 9 Julai 2010.
Aktiviti dimulakan sekitar jam 4 petang di mana murid-murid mendaftar diri untuk dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian mereka di kehendaki untuk ke tapak perkhemahan dan membina sendiri khemah bersama rakan sekumpulan.

Selepas solat maghrib secara berjemaah, murid-murid dikehendaki berada di Bilik Tayang untuk sesi ceramah motivasi oleh En. Fuzil Nawawi dari SK Guai Temerloh.

Pada jam 9 malam, bengkel yang pertama iaitu Bengkel Bahasa Melayu yang di bimbing oleh Cikgu Mohd Othman dijalankan sehingga jam 11 malam. Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk tidur di dalam bilik darjah ekoran dari hujan lebat yang dikhuatiri akan mendatangkan bahaya sekiranya murid-murid dibiarkan tidur di tapak perkhemahan.

Sabtu, 10 Julai 2010
Selepas solat subuh berjemaah, aktiviti awal pagi dimulakan dengan senaman poco-poco yang dibimbing oleh Cikgu Nurul Safiah di dalam Dewan SKJ19. Kemudian, murid-murid dibenarkan mandi dan membersihkan diri seterusnya sarapan pagi.

Pada jam 8:30 pagi , bengkel Matematik di bawah bimbingan Cikgu Yusaini dan Cikgu Hashimah diadakan di dalam dewan sekolah sehingga jam 10 pagi.



Pada jam 10:30 pagi, Bengkel PAFA diteruskan dengan bimbingan Ustaz Mohd. Fakhruddin, Ustaz Mohd Zamri, Ustazah Roslina dan Ustazah Norasiah. Antara aktiviti yang di jalankan adalah menghafal doa, cara-cara sembahyang dengan betul dan bacaan dalam solat.

Aktiviti kemudian bersambung pada sebelah petang iaitu Ceramah Israk & Mikraj oleh Ustaz Abdul Rahim dari SMK Jengka 2.

Aktiviti riadah sebelah petang adalah acara tarik tali.

Selepas makan malam dan solat maghrib secara berjemaah, bengkel bahasa inggeris di bawah bimbingan Sir Md Taib dan Teacher Normah Iza dijalankan.

Ahad, 11 Julai 2010.
Selepas riadah dan makan pagi, aktiviti di sambung dengan bengkel terakhir iaitu Bengkel Sains di bawah bimbingan Cikgu Noor Azli, Cikgu Nur Asrina dan Cikgu Rosmah.

Jam 11:00 pagi, aktiviti gotong royong di jalankan di tapak perkhemahan dan sekitar kawasan sekolah.

Perkhemahan tamat sekitar jam 12:00 tengahari.
 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger