Sambutan Hari Guru 2010

Thursday, May 20, 2010


:Font29::Font15::Font22::Font11::Font23::Font11::Font30: :Font18::Font11::Font28::Font19: :Font17::Font31::Font28::Font31:
:Font03::Font01::Font02::Font01:

Sambutan hari guru bagi Sekolah Kebangsaan Jengka 19 telah diadakan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Penyertaan adalah terdiri dari semua guru, kakitangan, beberapa orang murid sebagai pegawai sukan di kalangan murid-murid, dan beberapa orang murid tahun satu sehingga tahun enam.

Sambutan dimulakan sejurus selepas perhimpunan pagi Isnin dengan memberi peluang murid-murid naik ke atas pentas perhimpunan untuk memberi hadiah kepada guru-guru. Ianya dimulakan dengan murid PRA sehingga murid tahun 6.

Sekitar jam 9 pagi, aktiviti sukaneka antara guru, kakitangan dan murid pula diadakan di tapak perhimpunan. Antara sukaneka yang telah di jalankan adalah Boling Padang, Jangan Tak Masuk dan Golek Peluru. Sukaneka berakhir sekitar jam 10:30 pagi. Guru dan kakitangan seterusnya menikmati jamuan ringan.




Sambutan diteruskan dengan aktiviti di dalam dewan iaitu nyanyian lagu Guru Malaysia, Barisan Kita dan Berjaya oleh Guru dan Kakitangan SKJ 19. Kemudian, guru dari rumah sukan masing-masing mendeklamasikan sajak dan seterusnya aktiviti pertukaran hadiah di antara guru-guru dan kakitangan.


Majlis berakhir sekitar jam 1 tengahari.

*Lagi Koleksi Gambar Sambutan Hari Guru Di Dalam Facebook*

:Font30::Font15::Font28::Font19::Font23::Font11: :Font21::Font11::Font29::Font19::Font18: :Font13::Font19::Font21::Font17::Font31:

Comments

No response to “Sambutan Hari Guru 2010”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger