Bengkel ICT Mac 2010

Wednesday, March 24, 2010

Pada cuti musim sekolah yang lalu, seramai enam orang murid tahun empat dan lima dari Kelab ICT SK Jengka 19 telah mengikuti kursus bengkel asas mengenai ICT. Bengkel ini diadakan pada 15 Mac sehingga 19 Mac, Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer kepada murid-murid di samping menambahkan ilmu dan menarik minat murid-murid terhadap dunia ICT.

Antara perkara asas yang telah dipelajari adalah pengenalan kepada komputer, perkakasan, perisian, pengendalian windows, sistem fail dan penerokaan Microsoft Word.

Hasil akhir yang diperolehi oleh murid-murid ini adalah mereka dapat menghasilkan sebuah karangan yang memuatkan tajuk menggunakan WordArt, memasukkan gambar yang telah di imbas dan diletakkan dalam folder sendiri, menggunakan alignment, bold, underline, italic, font color, font size dengan betul, memasukkan border dan menaip dengan lebih lancar.

Mereka juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila memasuki kelab ICT dan menunjuk ajar kepada rakan-rakan yang tidak menghadiri kursus. Mereka telah dapat mengaplikasi semula apa yang telah dipelajari.

Comments

No response to “Bengkel ICT Mac 2010”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger