Sejarah


Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 telah dibuka pada Januari 1979 dengan menumpang sebelas buah rumah peneroka sebagai kelas, bilik guru, kantin dan rumah guru.

Encik Abd Rahman bin Jaafar merupakan pengasas sekolah ini, iaitu Guru Besar yang pertama dengan dibantu oleh En. Rosli sebagai Guru Penolong Kanan dan sembilan orang guru penolong. Enrolmen murid pada ketika itu adalah seramai seratus lapan puluh orang yang mana telah ditempatkan di dalam lapan bilik darjah.

Pada peringkat awal, segala kemudahan asas bagi keperluan murid sangat minima, perabot dan buku teks sumbangan dari sekolah berhampiran. Kerusi dan meja murid pula disediakan oleh ibu bapa murid. Segala kegiatan ko-kurikulum tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Bangunan sekolah yang lengkap dengan kemudahan asas dengan satu blok bangunan dua tingkat mengandungi lapan buah bilik darjah, kantin dan padang permainan akhirnya berjaya digunakan pada 02 Januari 1980. Pada tahun 2001 dua blok bangunan tiga tingkat yang lebih canggih lengkap dengan bilik komputer telah dibina.
 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger