Buletin Ramadhan (1)

Tuesday, August 24, 2010

Warga SKJ19 mengalu alukan para pembaca blog untuk memuatturun dan membaca maklumat yang terdapat di dalam buletin ini. "Sharing is Caring". Diharap kita semua dapat meningkatkan pengetahuan melalui bacaan ini :)



untuk melihat dengan lebih jelas
sila klik pada gambar atau right klik, open image in new tab


Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di SKJ19

Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak panatia pendidikan islam SKJ 19 akan mengedarkan buletin-buletin berkenaan puasa dan ramadhan. Bulletin ini diedarkan pada murid-murid dan guru setiap hari isnin semasa perhimpunan mingguan. Beberapa soalan akan dikemukan berdasarkan buletin ini dan ditampal di papan kenyataan sekolah. Murid-murid boleh menyalin soalan, menjawab dan seterusnya menghantar jawapan mereka kepada guru yang berkenaan.

Pihak sekolah juga telah melancarkan derma tabung infaq ramadhan yang diwakilkan kepada ketua murid dari kelas ke kelas.

Pada waktu rehat, masa yang ada tidak terbuang begitu saja. Pelajar pelajar akan diminta untuk menhafal surah surah dan memperdengarkan bacaan mereka kepada ustaz, ustazah dan guru yang bertugas.

Kerusi Rehat Sumbangan PIBG

Wednesday, August 11, 2010


Seperti mana yang dipersetujui dalam mesyuarat agung PIBG yang lepas, SKJ19 kini mendapat tiga set kerusi rehat yang diletakkan di laluan bawah di antara dewan dan makmal sains. Dengan adanya kerusi rehat ini, kawasan sekolah nampak lebih ceria dan menarik. murid murid juga boleh menggunakan kerusi ini semasa waktu rehat, menunggu guru untuk memasuki makmal dan sebagainya.

Jamuan perpisahan GPK1 - Cikgu Ibrahim

Tuesday, August 10, 2010

Khamis, 29 Julai 2010, satu majlis perpisahan telah di adakan untuk meraikan tamatnya perkhidmatan GPK 1, Cikgu Ibrahim. Walaupun hanya bertugas selama empat bulan di sekolah ini, ternyata beliau amat di senangi oleh warga SKJ19. Beliau akan memulakan tugas baru di sebuah sekolah di daerah Ulu Tembeling. Semoga beliau di rahmati dan gembira bertugas di tempat baru.

Lain lain gambar boleh di lihat di Facebook SKJ 19.
 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger