Gotong Royong Pusat Sumber

Wednesday, April 21, 2010

Minggu ini merupakan minggu bagi guru dan pelajar, pengawas pusat sumber khususnya untuk membersih, mengemas dan menceriakan pusat sumber sekolah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menyusun atur kedudukan perabot, rak buku dan rak pameran, menyusun kedudukan buku, menyapu sampah dan sawang, menukar langsir, mengemaskini carta organisasi dan menghias pusat sumber supaya kelihatan lebih menarik.




Festival Hari Guru 2010

Monday, April 19, 2010



Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik kepada calon yang dipilih.

Pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan pada 16 Mei 2010.

Dalam meraikan sambutan Hari Guru pada kali ini, Kumpulan Utusan menerusi Unit Pendidikannya telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menganjurkan Festival Hari Guru selama empat (4) hari yang bermula pada 13 Mei sehingga 16 Mei 2010 bertempat di East Coast Mall, Kuantan.

Dengan hasrat untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir ke festival ini sama ada dari luar Pahang mahu pun di negeri Pahang sendiri, Festival Hari Guru 2010 akan menampilkan konsep pertautan di antara ilmu dan pembangunan modal insan.

Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan pendidikan (edu-games), jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Sumber : http://www.tutor.com.my/festival/index.html

Mesyuarat PIBG Kali Ke-23

Sunday, April 4, 2010



Pada 30 Mac 2010 yang lalu, Mesyuarat PIBG kali ke 23 telah diadakan di Dewan SK (LKTP) Jengka 19, jam 2:30 petang.


Sesi pendaftaran untuk ibu bapa dan guru.


Ucapan dari Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Guru Besar dan YDP PIBG.


Sesi penyampaian sumbangan untuk pelajar yang mendapat 5A untuk UPSR 2009, cabutan bertuah dan sesi mesyuarat PIBG.

Di antara usul yang telah di bentangkan adalah mencadangkan agar pihak PIBG menyediakan pondok rehat/pondok bacaan di sekitar kawasan sekolah dan memperbaiki surau sekolah bagi kegunaan guru dan murid-murid agar dapat menunaikan solat dalam keadaan yang lebih selesa.
 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger