KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON CHENOR

Tuesday, March 30, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON CHENOR
EDISI KE 32, 2010

PENCAPAIAN :
  1. OLAHRAGAWAN KEJOHANAN BALAPAN PADANG
  2. TEMPAT KE-3 KESELURUHAN (SKJ 19)

KEPUTUSAN :

EMAS:
Najwa Shahirah binti Ahmad (80m Lompat Pagar (P) 12 tahun)
Mohd Danial bin Iskandar (80m Lompat Pagar (L) 11 tahun)
Nur Izzah Khairiah (Lompat Tinggi (P) 11 tahun)
Zulkifli bin Abd Merah (Lompat Jauh (P) 12 tahun)

PERAK:
Mohd Safuan bin Ibrahim (100m (L) 10 tahun )
Najwa Shahirah binti Ahmad (200m (P) 12 tahun)
Nor Aisah Atikah binti Amran (80m Lompat Pagar (P) 11 tahun)
Amenullah Asraf (Lompat Tinggi (L) 11 tahun)
Safuan bin Ibrahim (Lompat Jauh (L) 10 tahun)

GANGSA:
Siti Nur Suhada binti Md Alim (Lompat Tinggi (P) 12 tahun)
Safiaiman bin Someran (Lompat Tinggi (L) 11 tahun)
Nur Aisah Atikah binti Amran (Lompat Tinggi (P) 12 tahun)
Nor Saliza binti Ibrahim (Lompat Jauh (P) 10 tahun)


Kerosak Hub Switch

Monday, March 29, 2010

Baru-baru ini, terdapat masalah kerosakan switch port di bilik komputer SK Jengka 19. Kesemua lampu signal dari port kabel yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan talian internet tidak menyala dan tidak dapat dihubungkan dengan internet.

Pegawai Fasilitator Schoolnet yang bertugas telah melaporkan hal ini kepada pihak GITN dengan nombor laporan adalah 154479. Pegawai GITN yang bertugas memaklumkan tiada masalah dengan talian dan mencadangkan supaya melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak PKG yang berdekatan.

Sebagai alternatif untuk masa ini, talian internet hanya boleh di akses menggunakan wireless kerana wireless modem disambungkan terus kepada remote gateway modem.

Buat masa sekarang, talian internet dari komputer di bilik komputer tidak dapat digunakan.

Bengkel ICT Mac 2010

Wednesday, March 24, 2010

Pada cuti musim sekolah yang lalu, seramai enam orang murid tahun empat dan lima dari Kelab ICT SK Jengka 19 telah mengikuti kursus bengkel asas mengenai ICT. Bengkel ini diadakan pada 15 Mac sehingga 19 Mac, Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer kepada murid-murid di samping menambahkan ilmu dan menarik minat murid-murid terhadap dunia ICT.

Antara perkara asas yang telah dipelajari adalah pengenalan kepada komputer, perkakasan, perisian, pengendalian windows, sistem fail dan penerokaan Microsoft Word.

Hasil akhir yang diperolehi oleh murid-murid ini adalah mereka dapat menghasilkan sebuah karangan yang memuatkan tajuk menggunakan WordArt, memasukkan gambar yang telah di imbas dan diletakkan dalam folder sendiri, menggunakan alignment, bold, underline, italic, font color, font size dengan betul, memasukkan border dan menaip dengan lebih lancar.

Mereka juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila memasuki kelab ICT dan menunjuk ajar kepada rakan-rakan yang tidak menghadiri kursus. Mereka telah dapat mengaplikasi semula apa yang telah dipelajari.

Latihan Olahraga Musim Cuti Sekolah

Thursday, March 18, 2010

Cuti musim sekolah kali ini tidak disia-siakan oleh murid-murid. Sebilangan pelajar tahun 4, 5 & 6 SK Jengka 19 yang terlibat di dalam sukan olahraga peringkat Zon Chenor telah menjalani latihan pada setiap pagi dengan ditemani guru yang menjadi jurulatih bagi setiap acara.

Antara latihan yang telah diadakan ialah lumba lari, lompat tinggi, lari lompat pagar dan lontar peluru. Sukan peringkat Zon Chenor ini akan diadakan pada minggu hadapan bertempat di Stadium Jengka.

Aktiviti Pagi

Wednesday, March 10, 2010

Sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Jengka 19 bermula pada jam 7:45 pagi. Setiap pagi, murid-murid di kehendaki beratur di luar kelas sebaik sahaja loceng dibunyikan untuk sesi bacaan doa dan pesanan guru bertugas.


Permulaan

Tuesday, March 9, 2010

Selamat Datang Ke Blog SKJ 19. Berikut adalah contoh header untuk blog ini:


 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger