Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di SKJ19

Tuesday, August 24, 2010

Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak panatia pendidikan islam SKJ 19 akan mengedarkan buletin-buletin berkenaan puasa dan ramadhan. Bulletin ini diedarkan pada murid-murid dan guru setiap hari isnin semasa perhimpunan mingguan. Beberapa soalan akan dikemukan berdasarkan buletin ini dan ditampal di papan kenyataan sekolah. Murid-murid boleh menyalin soalan, menjawab dan seterusnya menghantar jawapan mereka kepada guru yang berkenaan.

Pihak sekolah juga telah melancarkan derma tabung infaq ramadhan yang diwakilkan kepada ketua murid dari kelas ke kelas.

Pada waktu rehat, masa yang ada tidak terbuang begitu saja. Pelajar pelajar akan diminta untuk menhafal surah surah dan memperdengarkan bacaan mereka kepada ustaz, ustazah dan guru yang bertugas.

Comments

No response to “Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di SKJ19”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 19 | Blogger Template Design By LawnyDesigns Powered by Blogger